Tentang Che Det kini awal tahun 2016, sejak bersara daripada jawatan Perdana Menteri Malaysia dan setelah tiada apa-apa kes yang boleh membawanya ke muka pengadilan berkenaan apa-apa salahlaku ketika era pentadbirannya, namun beliau tetap keluar daripada UMNO secara terang-terang lagi bagi menunjukkan ketidakpuasan terhadap pemimpin kini 2016. Kelihatan beliau tidak langsung gentar terhadap jentera pimpinan pelapis baru UMNO yang bila-bila pun boleh mencetus atau mencipta tentangan terhadap beliau walaupun ada kekuatan politik wang, tetapi Dr Mahathir nampaknya betul-betul berani kerana benar serta mungkin kerana imej peribadinya yang agak bersih walau tidak sempurna atau tidaklah ada sangat kes peribadi yang boleh dibawa ke mahkamah. Beliau tidak perlu menukar peguam negara untuk melindungi kes membabitkan hal peribadinya sendiri ketika sedang menjadi pemimpin negara. Bukan apa, hal keperibadian tertentu seorang pemimpin utama mencerminkan ciri-ciri terkini bangsa sesebuah negara itu di mata dunia. Walau dikata baling gelas tidak pecah oleh pelapisnya, namun banyak negara eropah mengenalinya dan pencapaian beliau memajukan/menaik taraf keperluan rakyat dan beriya-riya mahu memajukan negara sehingga tercetusnya wawasan 2020 memanglah disegani mata dunia ketika era zaman pentadbirannya,
Pembangkang pada zaman Che Det, lebih membangkang tentang isu-isu seperti hal ekonomi, agama, perpaduan kaum dan perkara-perkara yang tidak membabitkan sangat perihal peribadi malah ahli keluarga berkaitan. Oleh demikian, rakyat tidak begitu jadi berkira terhadap kerajaan seperti betul2 mahu merompak kembali hak atau hasil pendapatan dalam negara. Berbeza pada zaman Dr Mahathir, dimana beliau tidak menyarankan rakyat untuk mencari jalan mudah untuk cari rezeki, menjadi lebih maju dan cari untung lebih. Masalah gaji tidak mencapai standard yang sepatutnya telah wujud ketika era pentadbirannya, namun rakyat atau golongan professional ketika itu dapat peroleh fasiliti yang secukupnya walau tidak sempurna untuk menjadi seorang professional didalam bidang yang mereka ceburi sekarang dan tiidak dinafikan, ramai antara mereka sekarang termasuk pelapis-pelapis pemimpin baru UMNO bukanlah sukakan sangat Che Det. Mungkin kerana cara Che Det yang memang jenis seperti pendendam serta berkira dengan rakyat tetapi tidak memberi peluang sangat untuk rakyat berkira dengan kerajaan ketika itu. Jika rakyat tidak mengambil peluang, nasib merekalah. Mungkin antara kerana itu Che Det nampak seperti diktator namun jika bertanya kepada Che Det, sudah pasti beliau dapat menafikannya dengan fakta yang jelas.
Apa nak diherankan tentang apa yang dicemuh kepada Dr Mahathir, jiwanya yang ada sifat nasionalisme nya yang tinggi dan terlalu mahu menjaga nama melayu tetapi beliau sendiri tidaklah sangat disukai orang2 melayu sejak era zaman pentadbiranya lagi dan sering pula dikatakan seorang pendendam dan bukan melayu. Itulah balasan kepada seorang yang sebenarnya mahu disayangi orang2 melayu yang berpolitik tahap tinggi. Walaubagaimanapun Dr Mahahtir tetap bernasib baik kerana tiada apa2 kes dapat disabitkannya. Semoga Tun terus dirahmati dan selamat selalu sehingga akhir hayat nya bersama isteri tercinta, walau dah pun kita sedia maklum beliau semakin tersisih kini awal 2016 daripada kumpulan lama beliau sendiri UMNO kerana Dr Mahathir nampaknya betul-betul berani kerana benar.