Doktor Mahathir bin Mohamad sangat dikenali umum


Doktor Mahathir bin Mohamad sangat dikenali umum dan dilahirkan pada 10 Julai 1925. Tarikh ini dinyatakan oleh Doktor Mahathir sendiri didalam buku A Doctor in the House. Berbeza dengan tarikh lahir yang didaftarkan oleh bapanya iaitu 20 Disember 1925 atas pada sebab yang tertentu pada ketika itu. Nama pena Dr Mahathir ialah Che Det dan beliau juga dikenali sebagai Dr. M dan beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat.

Chet Det juga terkenal dengan karya penulisannya dan artikel pertamanya iaitu Malay Women Make Their Own Freedom” (Wanita Melayu Mencipta Kebebasan Sendiri)disiarkan oleh akhbar The Straits Times Singapura pada 20 Julai, 1947. 


Sepanjang kepimpinannya yang bermula dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, Doktor Mahathir bin Mohamad sangat dikenali umum dan berjaya membawa dasar-dasar baru untuk pembangunan negara dan mengambil contoh baik kejayaan negara-negara luar untuk dijadikan sandaran bagi keperluan ekonomi negara yang lebih terjamin. Ini terbukti sehinggalah dunia luar pernah mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara.

Antara projek-projek berprofil tinggi yang dijayakan ketika era pentadbirannya seperti Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang. Ini antara sebab mengapa beliau Doktor Mahathir bin Mohamad sangat dikenali umum

Doktor Mahathir Bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia pada Oktober 2003, dan dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun. Namun Che Det lebih gemar dengan panggilan Dr M atau Che Det sepertimana yang biasa kita dengar panggilan tersebut di media2 sosial. Doktor Mahathir bin Mohamad sangat dikenali umum juga dikenali sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" kerana berjaya membangunkan Malaysia sehingga menjadi sebuah negara industri baru yang dikenali di kalangan negara-negara membangun. Dr Mahathir merupakan pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan Perdana Menteri di Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia iaitu mentadbir negara selama 22 tahun.