Seorang pemikir dan revolusiner


Tun Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir


Tun Dr Mahathir bin Mohamad adalah seorang pemikir dan revolusiner. Ketika di bawah pentadbirannya beliau telah melaksanakan proses transformasi yang agak luar biasa jika dibandingkan dengan sebelum ini. Tun Dr Mahathir bin Mohamad mahu manjadikan negara yang moden serta membentuk sebuah negara maju dimana rakyatnya mampu bersaing di peringkat global.

Wawasan 2020 sepertimana yang pernah beliau utarakan pada 28 Februari 1991. Matlamat utama Wawasan 2020 ialah "ke arah pembentukan sebuah negara yang benar-benar maju dalam segala bidang secara seimbang meliputi ekonomi, politik sosial, kerohanian, psikologi dan kebudayaan".

Sebagai seorang pemikir dan revolusiner, Tun Dr Mahathir mengambil langkah-langkah awal dengan pembabitan negara didalam sistem ekonomi perindustrian dengan memulakan pembangunan sektor industri berat. Antara kejayaan industri ini ialah pengeluaran kereta nasional diaman sehingga kini merupakan kereta yang paling digunakan di Malaysia dan sepatutnya dapat membantu meningkatkan pendapatan negara.

Pada tahun 1998, kerajaan di bawah pimpinan Mahathir mendakwa Dato' Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan salah laku seksual dan penyalahgunaan kuasa. Anwar pada masa itu adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Anwar mendakwa bahawa beliau dizalimi kerana beliau membawa isu korupsi dan nepotisme dan Mahathir serta orang-orangnya adalah sasaran bagi tuduhan tersebut. Penyokong Mahathir pula percaya bahawa Anwar sebenarnya korupsi dan nepotisme dan cuba untuk menggantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri selepas melihat kejatuhan Presiden Suharto diIndonesia atas isu yang sama. Sebagai seorang pemikir dan revolusiner, che det mengambil masa lama untuntuk membuat keputusan terakhir.

Krisis Anwar membawa kepada protes besar-besaran yang dikenali sebagai "Gerakan Reformasi" dan tertubuhnya Parti Keadilan Nasional (PKR) dalamPilihan Raya Umum Malaysia 1999. Namun begitu, PKR hanya memenangi lima kerusi Parlimen pada pilihan raya tersebut dan hampir pupus pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 apabila hanya memenangi satu kerusi Parlimen di Permatang Pauh yang dimenangi oleh isteri Anwar, Dr Wan Azizah. Parti tersebut walaubagaimanapun berjaya mendapat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 dengan memenangi 31 kerusi Parlimen, jumlah terbesar antara semua parti-parti pembangkang di Malaysia.
Tun Dr Mahathir bin Mohamad merialisasikan penubuhan Permodalan Nasional Berhad(PNB), Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera yang mendorong penyertaan bumiputera didalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan. Dengan berharapan tinggi Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad mahu menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020 serta boleh dikatakan Wawasan 2020 merupakan satu penyataan cita-cita.

Konsep Persyarikatan Malaysia juga diperkenalkan di Malaysia dimana didalam sesebuah syarikat, rakyat adalah pekerja dan pemegang saham. Ini meningkatkan lagi prestasi pekerjaan, pendapatan serta status imej negara. Ini adalah antara sebab yang dikatakan Tun Dr Mahathir bin Mohamad adalah seorang pemikir dan revolusiner.