Dr Mahathir nampaknya betul-betul berani kerana benar

Tentang Che Det kini awal tahun 2016, sejak bersara daripada jawatan Perdana Menteri Malaysia dan setelah tiada apa-apa kes yang boleh membawanya ke muka pengadilan berkenaan apa-apa salahlaku ketika era pentadbirannya, namun beliau tetap keluar daripada UMNO secara terang-terang lagi bagi menunjukkan ketidakpuasan terhadap pemimpin kini 2016. Kelihatan beliau tidak langsung gentar terhadap jentera pimpinan pelapis baru UMNO yang bila-bila pun boleh mencetus atau mencipta tentangan terhadap beliau walaupun ada kekuatan politik wang, tetapi Dr Mahathir nampaknya betul-betul berani kerana benar serta mungkin kerana imej peribadinya yang agak bersih walau tidak sempurna atau tidaklah ada sangat kes peribadi yang boleh dibawa ke mahkamah. Beliau tidak perlu menukar peguam negara untuk melindungi kes membabitkan hal peribadinya sendiri ketika sedang menjadi pemimpin negara. Bukan apa, hal keperibadian tertentu seorang pemimpin utama mencerminkan ciri-ciri terkini bangsa sesebuah negara itu di mata dunia. Walau dikata baling gelas tidak pecah oleh pelapisnya, namun banyak negara eropah mengenalinya dan pencapaian beliau memajukan/menaik taraf keperluan rakyat dan beriya-riya mahu memajukan negara sehingga tercetusnya wawasan 2020 memanglah disegani mata dunia ketika era zaman pentadbirannya,


          Pembangkang pada zaman Che Det, lebih membangkang tentang isu-isu seperti hal ekonomi, agama, perpaduan kaum dan perkara-perkara yang tidak membabitkan sangat perihal peribadi malah ahli keluarga berkaitan. Oleh demikian, rakyat tidak begitu jadi berkira terhadap kerajaan seperti betul2 mahu merompak kembali hak atau hasil pendapatan dalam negara. Berbeza pada zaman Dr Mahathir, dimana beliau tidak menyarankan rakyat untuk mencari jalan mudah untuk cari rezeki, menjadi lebih maju dan cari untung lebih. Masalah gaji tidak mencapai standard yang sepatutnya telah wujud ketika era pentadbirannya, namun rakyat atau golongan professional ketika itu dapat peroleh fasiliti yang secukupnya walau tidak sempurna untuk menjadi seorang professional didalam bidang yang mereka ceburi sekarang dan tiidak dinafikan, ramai antara mereka sekarang termasuk pelapis-pelapis pemimpin baru UMNO bukanlah sukakan sangat Che Det. Mungkin kerana cara Che Det yang memang jenis seperti pendendam serta berkira dengan rakyat tetapi tidak memberi peluang sangat untuk rakyat berkira dengan kerajaan ketika itu. Jika rakyat tidak mengambil peluang, nasib merekalah. Mungkin antara kerana itu Che Det nampak seperti diktator namun jika bertanya kepada Che Det, sudah pasti beliau dapat menafikannya dengan fakta yang jelas. 
           Apa nak diherankan tentang apa yang dicemuh kepada Dr Mahathir, jiwanya yang ada sifat nasionalisme nya yang tinggi dan terlalu mahu menjaga nama melayu tetapi beliau sendiri tidaklah sangat disukai orang2 melayu sejak era zaman pentadbiranya lagi dan sering pula dikatakan seorang pendendam dan bukan melayu. Itulah balasan kepada seorang yang sebenarnya mahu disayangi orang2 melayu yang berpolitik tahap tinggi. Walaubagaimanapun Dr Mahahtir tetap bernasib baik kerana tiada apa2 kes dapat disabitkannya. Semoga Tun terus dirahmati dan selamat selalu sehingga akhir hayat nya bersama isteri tercinta, walau dah pun kita sedia maklum beliau semakin tersisih kini awal 2016 daripada kumpulan lama beliau sendiri UMNO kerana Dr Mahathir nampaknya betul-betul berani kerana benar. 

Biografi Awal Tun Dr. Mahathir Mohamad

Video ini akan menyentuh mengenai sejarah awal kehidupan Dr Mahathir Mohamad Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 di Kedah, serta ketika beliau melanjutkan pelajaran bidang perubatan di Singapura dan seterusnya bertugas sebagai doktor di Kedah. Video ini dihasilkan untuk Kompleks Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad, Arkib Negara Malaysia, beberapa tahun yang lalu.



Memanaskan pihak barat


George Soros, Mahathir You Screwed Malaysia Big Time It's basically an old speech Barry Wain, but it till a burning issue relevant to the dicey situation Malaysia is facing. Many people around the world are interested to read about Mahathir and his career, and that for these people, the story must be told in full, whether or not it has been reported before. "A lot of the financial scandals were not published in Malaysia (and) many young Malaysians were two years old or weren't born when the Mahathir administration decided to manipulate the tin price," he said, read more and credits to https://www.youtube.com/watch?v=ylciRv7jJK4



Tun Dr Mahathir Mohammad di Moscow

Tun Dr Mahathir visited Russia after getting the invitation from the president of Russia dmitri Medvedev...on the last day of his visit which is o the 12 of March he met with the Malaysian students in Moscow. This is the full Speech from Tun Dr Mahathir Mohammad in Moscow 2011 including the Q&A session. 

Credit  to https://www.youtube.com/watch?v=peXQn-GQOIA for helping to record this video.



Ketaksuban kpd pemimpin punca perpecahan ummah

Susulan dari cetusan idea Tun Dr Mahathir Mohamad untuk merealisasikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020 melalui Wawasan 2020, kerajaan Malaysia telah membangunkan satu kerangka (framework) perlaksanaan pelan tindakan melalui pembangunan sumber manusia yang komprehensif melalui proses pendidikan kepada semua peringkat golongan di Malaysia terutamanya kaum Bumiputra khasnya masyarakat melayu.



Bicara Pendidikan Bersama Che Det




Pemimpin Yang Lalu. TUN M Y.A.BhgTun DrMahathir Mohamad.
Bicara Pendidikan Bersama Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir Mohamad, Yang DiPertua PERKIM


Konvension pemikiran Tun Dr Mahathir

KONVENSYEN PEMIKIRAN TUN DR. MAHATHIR
DAN MALAM GALA TUN DR MAHATHIR LEGASI TERSOHOR
BERSEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN YABhg TUN DR MAHATHIR KE 87 TAHUN
TETAMU KEHORMAT YAB PERDANA MENTERI



Kredit kepada ... untuk video yang dikongsikan.